Ahad, 12 Jun 2011

Cuti-Cuti

4:20 PTG
0 comments


OK. Dalam dua bulan lepas, aku adalah cilok mintak cuti dengan cikgu sebab nak pergi bercuti. Alang-alang Air Asia tengah hotkan harga tiket, apa lagi, sebat ajelah. Kali nih aku pilih untuk ke Sarawak, "The Land Of Hornbills" (Chewahhh.... Omputih pulak...). Tanah Semenanjung aku tak habis jajah lagi dah terbang pergi seberang dah... Huhu.... Apa boleh buat, rezeki semuanya... Kat sana, aku dengan family aku (mak aku jer, ayah aku tak nak pegi..) stay kat rumah mak sedara abang ipar aku. Kat sana surrounding diorang memang macam kat Semenanjung kita. Diorang punya masyarakat, cuma dialek jer berbeza. Tapi diorang masih faham bahasa orang Semenanjung..

Halaman Rumah Mak Sedara Abang Ipar Aku...
  Aku cukup suka bila aku jejakkan kaki aku ke bumi Sarawak nih dan aku tengok semuanya hampir sama dengan yang ada kat Semenanjung nih.. 

Entah Kenapa Aku Rasa Nak Bawak Balik Jer Motor Nih...
First day in Sarawak: Sampai airport terus ke kedai makan sebab time tuh dah tengahari. Hari tuh kitorang stay kat rumah sebab ada masalah yang takleh dielakkan. Hadoii... 

Hari kedua: Masalah yang takleh dielakkan tuh dapat diselesaikan so kitorang punya plan diteruskan. Hari tu kitorang jenjalan ke Muzium Sarawak yang James Brooke tinggal dulu.. 



Lepas tuh, kitorang ke Muzium Islam Sarawak.



Pada mulanya aku ingat nak masuk muzium-muzium tuh kena bayar tapi rupa-rupanya free. Aku kata dalam hati "Memang Kaya Kerajaan Sarawak nih...". 

Besar Tak Talam Nih???
Hari ketiga: Tengahari banyak spend masa kat rumah jer sebab petang baru nak keluar.. BIla dah sampai time makan, abang ipar aku pergi bawak kitorang pergi  makan makanan yang famous di Sarawak iaitu Mee Kolok.


Inilah Dia Mee Kolok...
Lepas tuh, kitorang pergi pasar basah dan kering yang dinamakan Pasar Satok. Pasar nih terletak kat pinggir bandar Kuching.

Sekitar Pasar Satok...





Kebetulan pulak masa tuh Pilihan Raya DUN Sarawak tengah berjalan. Aku jumpa diorang nih. Tengah berkempen rupanya...


Kenal Tak??

Then, aku nampak jer kek lapis nih, terus aku jadik rambang mata...



Malam tuh, aku lepak sekitar kampung yang aku dengan family aku stay sambil tengok keputusan pilihanraya DUN Sarawak..

Hari terakhir di Sarawak: Flight pukul 1.30 tengahari so kitorang turun awal harituh saje tak nak rushing. Jadi, kitorang pergi lepak kat food court layan nasik lemak...

Jadi, sekian saja cerita aku di Sarawak. Nanti bila aku pergi bercuti, aku akan share cerita aku nih ASAP... 




If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

You Might Also Like

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Happy O' Meter