Isnin, 14 Mac 2011

Cerita Cuti Sekolah

8:27 PG
0 comments


Mula jer cuti sekolah mesti banyak event menanti kita semua, betul tak? Jemputan kenduri pun datang berderet-deret, bagi budak-budak sekolah kerja sekolah datang berderet-deret. Sebenarnya aku pun tak banyak event cuti kali nih. Cuma bahagian kerja sekolah jer event penuh. Kerja Kursus pun cikgu dah siap bagi kertas kriteria dah. Takpe. Aku redha. Ini semua cabaran bagi budak-budak sekolah, betul tak?


First exam sekolah aku dah lepas. Ramai budak-budak dah tahu markah subjek diorang. Aku pulak dengan keputusan yang takleh dibanggakan sangat. Tapi, pengetua dah janji, kalau dapat result yang terbaik, ganjaran besar menanti kami...


OK. Aku nak bincang sikit pasal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 tahun nih. Tajuk dia tahun nih dah tukar. Aku tengok tajuk nih mudah jer. Cuma perlu selidik bab-bab pentadbiran tempatan sekitar kita je. Amacam?


Ok lah. Aku rasa dah sampai masanya nak tutup cerita. Suratkhabar pun aku belum baca lagi.


Wassalam.....

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

You Might Also Like

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Happy O' Meter