Sabtu, 26 November 2011

Dilanda Dilema

1:47 PTG
0 comments
Hai semua. Alhamdulillah,hari nih tak hujan begitu jugak semalam. Semalam hujan waktu pagi je. Masuk tengahari,petang dan malam tak hujan. Mintak-mintak la jangan banjir.. Kesian orang-orang  yang duduk kat kawasan rendah or mana-mana tempat yang mudah naik air..


Sebenarnya,aku tengah dalam dilema ni. Handphone aku masuk workshop. Ni semua masalah lama yang aku malas nak baiki tapi baru nak angkat kaki pegi hantar masuk service centre. Harap-harap semuanya OK lepas ni.


Hari nih dah akhir tahun Hijrah. Sekejap je rasa setahun. Pejam celik,pejam celik,dah setahun. Mudah-mudahan di tahun baru nanti,kita masing-masing dapat improvekan diri kita ke arah yang lebih baik dari sebelumnya..


OK la semua,nak solat Zohor dulu. Akhir kata...






Ikhlas,
Mohamed Daniel

Rabu, 23 November 2011

Semua Benda Takkan Kekal

4:21 PTG
0 comments
Assalamualaikum semua,
Lama rasanya tak update blog nih. Sebenarnya,aku lari kejap dari PC nih. Ternyata aku boleh hidup takde Internet,PC dan seangkatannya. Apapun,tahniah buat Skuad Harimau Muda yang dah  buktikan kebolehan diorang dengan menang perlawanan bolasepak dengan skuad Garuda Muda dua hari lepas. Aku tak dapek nak menengok live sebab aku on the way nak balik Kelantan. Lega rasanya bila dapat SMS dari kakak aku yang Harimau dah jatuhkan Garuda untuk sementara. Buat Indonesia,jangan putus asa. Korang kan dah juara umum. Aku tabik korang semua.


Cuti sekolah dah start. Begitu jugak dengan musim tengkujuh. Marilah sama-sama kita mintak dengan Allah supaya jangan la Dia turunkan bala yang kita tak nak. Geng-geng sekolah (termasuk aku),cuti sekolah panjang ni jangan la sia=siakan. Banyak benda lain kita boleh buat selain mengadap PC or layan PS2/3/PSP korang tuh. Cari la benda lain yang ada faedahnya. Buat negeri yang tengah facing musim tengkujuh tuh,banyakkan la solat hajat,berdoa supaya dijauhkan daripada bala.


Jadi,selamat bercuti kepada semua budak-budak sekolah. Enjoy laa yee dengan duit 100 ringgit yang gomen bagi tuh. Enjoy tuh boleh,tapi beli la benda yang ada manfaat untuk kita macam barang-barang sekolah ke,apa ke. Tak pun,simpan duit tuh. Time emergency nanti boleh la pakai duit tuh... OK la,Asar dah ni. Assalamualaikum...



Selasa, 25 Oktober 2011

Deepavali Vathukal

11:58 PTG
0 comments
Hi semua.
Selamat menyambut Hari Deepavali to all my Indian gang dan semua kaum India yang pegang agama Hindu. Tahun nih tak macam biasa. Aku pegi Billion tadi,tak nampak langsung kelibat orang India. Orang Melayu pun jarang-jarang nampak. Semua balik kampung kampung ke?? Hehe.. By the way,have fun while celebrate Deepavali...


Sincerely,
M.Daniel. :)

Isnin, 10 Oktober 2011

FREEDOM!!!!!

10:14 PTG
0 comments
Finally, the time that the 96s struggling for the big exam, PMR, has been gone. Hari ni, kitorang semua happy sebab semua penantian kami telah berakhir. Tapi, perjuangan kami tidak berhenti di PMR sahaja, SPM menanti kami di 2012. Jadi, kami perlu berusaha lebih kuat bila masuk Form 4 nanti. Nervous menyelubungi diri kami untuk menanti result pada bulan Disember nanti...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Freedom??? Belum Lagi...

2:06 PTG
0 comments
Hai and Assalamualaikum to my blog reader... Alhamdulillah, so far my PMR was good. Aku boleh jawab soalan yang susah dan tak berapa susah... Tapi perjuangan aku untuk berjaya dalam hidup takkan berhenti takat PMR. Aku kena berusaha untuk berjaya dan hidup senang dalam hidup aku dan akhirat... PMR: Two more subjects and..... TEMPORARY FREEDOM!!!! :)

Ahad, 18 September 2011

Hello Again!! :)

9:39 PTG
0 comments
Hai kepada semua follower blog aku ni, sorry sebab lama tak update sebab aku sekarang struggling for PMR. Only 12 days left. Rasa takut pun dah masuk dalam diri aku ni. So, di kesempatan yang ada nih, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin (Raya dah nak habis baru nak ucap??). Kepada semua calon PMR, do your best. (Yeah... I'm doing my best too..) OK. Masa untuk pergi. Lepas PMR InsyaAllah dengan izin-Nya aku akan update blog nih dengan cerita-cerita menarik dalam hidup aku... Babaiiii.... :)


Ikhlas:


M.Daniel a.k.a Daniel Gomok



Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Datang Ramadhan

10:30 PTG
0 comments
Alhamdulillah. Kita bertemu lagi wahai Ramadhan, bulan yang penuh berkat dan pahala Allah gandakan. Aku harap pertemuan kali ini membawa semua keberkatan yang Allah janjikan kepada hamba-Nya. Aku harap Ramadhan kali ini aku mendapat keberkatan yang aku mohon selama ini. Aku harap Ramadhan kali ini juga dapat menguji sejauh mana kesabaran aku. Aku mohon pada-Mu Ya Allah, Engkau kuatkanlah hatiku. Engkau bantulah aku menempuhi bulan ini dengan kesabaran dan rahmat daripada-Mu Ya Allah. AMIN....


Kepada semua umat Islam tidak kira bangsa dan dimana anda berada, Selamat Menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan ini.